Permandangan Pulau Aur di kejauhan dari atas dek KD Raja Jarom nyata mengasyikkan...lambaian pepohon nyiur bagaikan memanggil aku kesana...batu batan yang berdiri megah lagi tinggi dari celahan pohon-pohon yang kehijauan seperti sedang memerhati kehadiran kami..pasir putih dipersisir pantai umpama hamparan permaidani yang indah dari mahligai....aduh..siapa sahaja yang memandang pasti terpesona...
Terletak kira-kira 70 kilometer dari timur Mersing ia merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan.Sebuah pulau yang menyimpan khazanah laut yang unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karangnya yang menarik dan cantik.Pulau yang berhampiran dengannya ialah Pulau Dayang, Pulau Pinang dan Pulau Lang.
Ada waktu dapat aku lihat ketibaan bot yang sarat dengan muatan dan penumpang merapat ke jeti.Bot inilah satu-satunya yang menjadi media penghubung untuk penduduk pulau berulang alik ke Mersing untuk mendapatkan bekalan keperluan seharian mereka.Boleh dikatakan hampir semua penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan.Asalnya pulau ini adalah hanya tempat nelayan berlindung dari hujan ribut.Lama kelamaan ia menjadi penempatan dan perkampungan nelayan yang damai dan yang begitu indah panoramanya.
Persekitaran yang nyaman, menyejukkan mata dengan tarikan khazanah
laut yang pelbagai menjadikan gugusan pulau itu sesuatu yang unik. Pengalaman selama berada di sana tercatit dalam diari kenangan.Tiada hiruk pikuk selain bunyi ombak menghempas pantai dan sesekali kedengaran enjin bot -bot nelayan yang sedang menyusuri lautan demi sebuah harapan...
Terletak kira-kira 70 kilometer dari timur Mersing ia merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan.Sebuah pulau yang menyimpan khazanah laut yang unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karangnya yang menarik dan cantik.Pulau yang berhampiran dengannya ialah Pulau Dayang, Pulau Pinang dan Pulau Lang.
Ada waktu dapat aku lihat ketibaan bot yang sarat dengan muatan dan penumpang merapat ke jeti.Bot inilah satu-satunya yang menjadi media penghubung untuk penduduk pulau berulang alik ke Mersing untuk mendapatkan bekalan keperluan seharian mereka.Boleh dikatakan hampir semua penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan.Asalnya pulau ini adalah hanya tempat nelayan berlindung dari hujan ribut.Lama kelamaan ia menjadi penempatan dan perkampungan nelayan yang damai dan yang begitu indah panoramanya.
Bot untuk ke Pulau Aur
Betapa indahnya bumi dan lautan ciptaan Tuhan
Kedudukan Pulau Aur
KD Raja Jarom mula melabuhkan sauhnya, menghadap sebuah teluk yang begitu permai dan syahdu....Allahuakhbar... inikah yang dikatakan anugerah Alam...Sungguh cantik Teluk Meriam...Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana memberi nikmat untuk aku menatap keindahan alam ciptaanMu..
Petugas-petugas Seaman sedang sibuk untuk menurunkan bot untuk shoring,mendarat ke pantai. Bagaikan gerombolan pendekar hendak menakluki kepulauan melayu...Aku tidak ditugaskan untuk ke pulau pada kali ini..hanya dapat menyaksikan rakan-rakan seperjuangan membelah lautan biru,meredah ombak...sayup mata memandang..bot LCA (Landing Craft Assault)yang mereka naiki selamat sampai ke pantai...
Kami tiba ke perairan Pulau Air ini selepas KD Raja Jarom terlibat dengan exercise tahunan dengan 5 negara ( Star Fish) di Laut China Selatan.Grup pertama krew KD Raja Jarom seramai 20 orang sebenar telah tiba awal ke pulau ini dengan menaiki PC ( Petrol Craft) dari Tanjung Gelang,Kuantan, diketuai oleh 2nd buffer POSM Jack Harris. Beliau merupakan 1st & Advance Crew yang bertanggung jawab membawa pulang KD Raja Jarom dari San Diego Amerika Syarikat.Banyak pengalaman pahit manis dapat dikongsi dengan beliau sewaktu dalam pelayaran pulang dengan kapal usang ini.
Dengan bantuan Ketua Kampung Teluk Meriam, mereka pergi menebang buluh aur diatas bukit.Buluh-buluh tersebut diikat ke atas tong drum untuk dibuat rakit. Meriam tersebut hanya dapat dinaikkan ke atas rakit sewaktu air pasang dan ditarik masuk ke dalam bot LCA untuk dibawa ke KD Raja Jarom. Dengan pertolongan penduduk pulau, mereka memecahkan konkrit tempat tapak tiga laras meriam purba. Meriam tersebut dikatakan berusia ratusan tahun. Mereka mengambil masa selama 2 hari untuk mengeluarkan 2 laras meriam. Terdapat 3 laras mariam purba kesemuanya. Mengikut cerita penduduk,meriam-meriam tersebut ada yang dibawa turun dari atas bukit dan ada yang dibawa naik dari dasar laut.Dari cerita-cerita itu bolehlah disimpulkan bahawa Pulau Aur pernah dijadikan kubu oleh penjajah Belanda.
LCA
(Landing Assault Craft) yang digunakan untuk
memindahkan meriam ke kapal
Betapa payahnya mereka berusaha menggunakan kudrat tulang empat kerat, untuk menarik meriam turun ke pantai.Pelbagai kaedah digunakan,batang kelapa dan buluh menjadi peralatan. Dua laras meriam purba tinggalan penjajah Belanda akhirnya berjaya dinaikkan ke atas 2 buah LCA untuk dibawa ke kapal.
Dengan menggunakan crane KD Raja Jarom,meriam-meriam tersebut dinaikkan ke atas dek. Masih ku ingat sewaktu inilah langit yang cerah terang benderang dengan tiba-tiba bertukar menjadi gelap disertai oleh tiupan angin yang kencang,seolah-olah tidak merestui pemergian meriam-meriam milik Pulau Aur.Bot LCA menjadi terumbang ambing seketika..namun segalanya dapat diselesaikan walaupun terdapat salah seorang anggota tercedera.
Terukir angka 1782 pada pangkal meriam yang berkarat itu...itulah tahun meriam purba milik kerajaan Belanda diperbuat. Setelah semua operasi selesai,kedua-dua bot LCA dinaikkan ke atas KD Raja Jarom dan terus kembali ke MBJ dengan selamatnya sejurus selepas itu.
KD Raja Jarom kembali ke Pulau Aur lagi.....
Setelah belayar selama hampir sebulan ke Malaysia Timur,KD Raja Jarom telah meneruskan pelayaran ke Port Kelang untuk menghantar kelengkapan logistik Tentera Darat yang dibawa dari Kuching.Dalam pelayaran pulang ke MBJ,sesampai di kawasan perairan Changi,Singapura tiba-tiba kapal diarahkan untuk meneruskan pelayaran ke Pulau Aur sekali lagi...kami terpinga-pinga bercampur fade-up...mabuk laut China Selatan pun belum lagi hilang...Seribu macam pertanyaan bermain-main dalam fikiran masing-masing...
KD Raja Jarom -penuh kenangan dan misteri..
Namun apakan daya kami...kami difahamkan arahan ini datang dari pihak Istana untuk 'merampas' selaras meriam yang masih tinggal di kampong Teluk Meriam. Pelayaran terpaksa diteruskan demi suatu arahan yang mesti dipatuhi.Kami tiba di perairan Pulau Aur pada waktu petang untuk memulakan operasi membongkar khazanah purba terakhir pulau tersebut.
Kali ini berlaku sedikit pergeseran diantara crew kapal dengan Ketua kampong.Puncanya kami tidak membawa sebarang bukti watikah yang resmi dari pihak Istana. Mereka enggan bekerjasama seperti kali pertama dulu. Mereka mendakwa meriam purba tersebut adalah hak mutlak tinggalan nenek moyang mereka. Apatah lagi nama kampong tersebut diambil sempena dengan nama meriam. kampong Teluk Meriam. Dengan penuh hiba bercampur marah Ketua kampong berkata Kampong mereka akan tidak bermakna lagi apabila kesemua meriam mereka dirampas.
Meriam Purba Belanda ini sama bentuknya dengan meriam khazanah Pulau Aur
Tanpa restu dan kerelaan,mereka terpaksa juga lepaskan khazanah purba mereka...Suasana sudah menjadi suram...kedengaran juga suara-suara 'amaran' dari penduduk pulau yang turun beramai-ramai membantah.Ada yang berpesan supaya kami beringat.." Berhati-hati...ini meriam puaka ni"...cerita rakan ku yang terlibat untuk kali kedua dalam operasi ini. Meriam yang ini agak besar sikit,tertera juga angka 1782 pada pangkalnya..
Namun operasi kali ini tidak selancar yang dulu...dalam proses menaikan meriam 'terakhir' ini,tiba-tiba crane buat hal ...boom sebelah port ( kiri) kalau tak silap aku,telah jammed...tidak dapat kembali ke posisi asal.Puas dicuba untuk diperbetulkan,namun usaha menemui kebuntuan.
Nampaknya 'penunggu pulau' ini telah murka seperti yang telah digambarkan oleh penduduk pulau. Akhirnya C.O KD Raja Jarom,Commander Zainal Dali memberi command supaya kapal meneruskan pelayaran balik ke MBJ,Singapura dengan segera...Maka belayarlah KD Raja Jarom dengan 'lengan' yang terjulur keluar. Crew EM ( Electrical Mechanic) telah mengambil inisiatif untuk memasang navigation light disebelah hujung boom tersebut untuk memberi peringatan kepada kapal-kapal lain apabila memasuki selat Singapura kelak.Sebenarnya ada lagi beberapa insiden pelik yang berlaku ke atas KD Raja Jarom pada waktu itu yang aku tidak ingati.
Semasa operasi-operasi membongkar dan memunggah meriam purba ini aku tidak terlibat sepenuhnya. Aku bertugas sebagai watchkeeper sepanjang masa.Cuma bila saja ada peluang dan kesempatan,aku dan rakan-rakan akan membawa bot rubber dinghy untuk diuji sambil mengelilingi dan menikmati keindahan pulau pulau berdekatan yang memang amat memukau....
Selamat tinggal Pulau Aur......
Itulah saja secebis kisah dari sebuah pulau yang penuh misteri yang masih dalam memori.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan