Selasa, 10 Disember 2013

Kisah Pulau Terumbu Layang-Layang - Swallow Reef

Diantara misi-misi yang masih jelas aku ingati ialah dimana kami ditugaskan untuk membina tugu di atas Pulau Terumbu Layang-Layang ( Station Lima ) sekitar tahun 1981.Pulau ini merupakan tuntutan Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly.Setelah Kerajaan Malaysia mengistiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia pada 20 September 1979.Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang terletak dalam wilayah negara. Berukuran sepanjang 1.2 km dan 200 meter lebar,pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut.

Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 ( 300km)  batu nautika atau sejam penerbangan dari Kota Kinabalu.Ia merupakan daripada gugusan Kepulauan Spratly di laut China Selatan dengan beberapa lagi terumbu yang menjadi tuntutan Malaysia iaitu Terumbu Ubi,Terumbu Mantatani,Terumbu Siput, Terumbu Peninjau,Terumbu Amboyna Kecil dan Terumbu Semarang Barat. Terumbu-terumbu ini menjadi rebutan beberapa negara seperti China,Vietnam,Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus,gas asli,petroleum dan hasil marin yang lain di samping kedaulatan persempadanan negara.




                  Sumber diperolehi  dari: http://xnuripilot.blogspot.com 



Antara pulau-pulau terumbu yang diduduki oleh beberapa negara.


Aku tidak pasti berapa lama KD Raja Jarom berlegar-legar, mudik ke hulu dan hilir mengelilingi pulau terumbu ini.Lautan yang terlalu dalam tidak memungkinkan sesebuah kapal bersauh disitu..Hanya pesawat Nuri TUDM lah yang menjadi media penghubung antara kapal ke terumbu dan ke Labuan .


Sewaktu air surut


Sewaktu air pasang, bahan-bahan binaan sedang di diturunkan.
Gambar diperolehi dari: http://xnuripilot.blogspot.com 



Misi ini adalah untuk membina platform  berasaskan  scalf folding beralas papan sebagai lantai untuk membolehkan pesawat Nuri mendarat.Dengan kata lain untuk membina heli pad.Pembinaan tugu juga dilakukan oleh Kor Jurutera Askar Melayu dengan dibantu oleh krew KD Raja Jarom berserta beberapa jurutera awam dari syarikat swasta iaitu Time Engineering. Misi ini juga disertai oleh sekumpulan divers yang dipertanggungkan untuk membuat canal atau terusan bagi membolehkan small craft memasuki 'blue lagoon'.Letupan demi siri letupan jelas kedengaran, agak jauh juga dari kedudukan kami.

Aku salah seorang anggota yang terpilih untuk ditugaskan dalam misi yang mencabar ini bersama beberapa anggota dari Rejimen Kor Jurutera, Tentera Darat. Seorang lagi crew KD Raja Jarom yang mengikuti misi ini merupakan anggota R.O ( radio operator ) berbangsa india yang aku lupa namanya.Tugasnya untuk berkomunikasi dengan kapal induk yakni KD Raja Jarom..Tugasku adalah untuk menguruskan Outboard Motor (OBM) dan standby boat jika diperlukan dan sekira berlaku sebarang kemungkinan. Aku tidak dibekalkan dengan senjata M16 seperti anggota-angota yang lain.

Pesawat Nuri berlepas dari dek KD Raja Jarom membawa 20 0rang anggota pelbagai branch termasuk aku ke pulau terumbu yang hanya akan timbul apabila low tide ( air surut) sahaja. Terlalu indah untuk digambarkan panorama lukisan alam kurnian ALLAH SWT yang dapat ku nikmati dari atas pesawat Nuri. Pulau-pulau terumbu bagaikan cincin-cincin gergasi,putih bersih dikelilingi lautan yang membiru.

Setelah pesawat berlegar-legar mengelilingi pulau layang-layang beberapa kali,ia mula terbang rendah dan kemudian berada pada ketinggian lebih kurang 7-8 meter ( aku agak) dari paras laut dalam keaadan statik...Seorang demi seorang mula terjun kedalam laut..Aku menyangka aku tidak perlu terjun memandangkan tiada arahan diberi sedemikian....namun setelah kesemua anggota telah berada di dalam laut, flight sarjan memberi isyarat tangan ( tunjuk kebawah)...baru aku cuba-cuba menjenguk ke bawah...tiba-tba boomm...belakang aku ditolak.....tiada apa yang dapat aku buat...dalam hatiku 'celaka punya flight sarjan ni' mungkin inilah teknik beliau bagi orang 'penakut macam aku....apa lagi...badanku jatuh ke laut umpama nangka busuk...adoiiii kenapa aku tidak diberitahu...tinggi jugaklah...beberapa ketika baru badanku menyentuh permukaan laut...dah jadi macam Navy Seal pulak aku ni ( bangga sangat kalau diingat peristiwa itu) ...sedangkan aku hanya seorang marine technician yang baru belajar nak mengenal dunia pelayaran...

Berenanglah kami beramai-ramai mencari tempat yang lebih cetek.Ternyata latihan renang yang keras sewaktu berada di KD Pelandok dan Sembawang,Singapura saban hari memang amat berguna.Tiada sebarang struktur untuk kami berpaut. Selepas itu pesawat Nuri kembali lagi untuk menjatuhkan bot beserta enjin OBM (Outboard Motor) yang dibaluti plastik beserta bekalan ration untuk makanan kami. 

Tugasku pun bermula...dibantu oleh beberapa rakan aku memasang OBM pada assault boat...hidupkan enjin dan mengutip anggota lain-lain yang bertaburan hanyut dibawa arus....Alhamdulillah air laut semakin surut,menampakkan daratan dan batu batan terumbu yang timbul perlahan-lahan.Selepas itu muncul lagi beberapa siri penerbangan pesawat Nuri di atas kepala kami untuk membuang bahan binaan seperti ,kepingan-kepingan papan dan lain-lain kelengkapan. Semuanya dibawa dari KD Raja Jarom.

Masih aku ingat betapa payahnya keadaan kami sewaktu  itu,hanya Tuhan saja yang tahu,tambahan task yang berat ini jatuh pula pada bulan yang mulia..bulan ramadhan...namun kami tempuhinya dengan tabah... demimu, MALAYSIA..


Mungkinkah aku yang di 'buang' dari pesawat Nuri?...gambar yang cukup berharga bagi aku.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman Ex Nuri Helicopter Pilot.
Mungkinkah kita pernah bersua muka suatu masa dahulu?


Malam pertama kami tidur di atas kepingan papan yang dipasang pada struktur scalf folding yang sempat dibina pada siang tadi...Keringat yang diperah hampir sehari suntuk membuatkan aku kepenatan...tanpa tilam empuk,tanpa bantal gebu,hanya beralaskan lengan dengan bersalut overall yang masih lembab,aku dihanyutkan mimpi yang indah begitu saja...dalam keheningan malam yang sejuk ,tiba-tiba  mimpiku diganggu oleh desiran bunyi yang aku rasa pernah ku dengari...rupanya air laut yang sedang rancak untuk pasang, berkocak-kocak menampar 'katil'ku....apalagi melompat bagunlah aku...basah kuyup aku bersama rakan-rakan yang berada di hotel tingkat  bawah.Aku kesejukan dalam kegelapan malam...sungguh lambat rasanya waktu berdetik untuk menanti sang suria menjelma...

Aku tertanya-tanya setelah membaca tentang false statement yang ditulis dalam sebuah blog ( MEDIAXXXX) dibawah tajuk " Pengorbanan Komando Malaysia menawan Pulau Layang-Layang".....

Penulis menyatakan.... 

" Langkah pertama adalah menghantar komando,masa itu Stesyen Lima belum dibina,apabila air laut naik,komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat"....


Bagi membetulkan fakta tersebut...'Let the whole picture tell the story'.


Pertama kali aku 'terjun' ke terumbu ini,tiada sehelai rumput pun kelihatan,apatah lagi sepohon pokok yang boleh dipanjat. Yang kelihatan hanyalah batu batan dari terumbu dan beting pasir  nun di sebelah hujung benua pulau ini...itu pun sewaktu low tide..


Pembinaan Platform-semasa air surut...tiada apa yang tumbuh disini....



          Beginilah keadaan hotel 5 bintang apabila air mula pasang...kamar kelas ke 3 aku terletak di tingkat paling bawah...


Waktu siang hari amat panas sekali di pulau ini untuk kami bekerja,bayu laut yang hangat sesekali menerjah tubuhku yang lesu..Kami hanya melakukan kerja-kerja pembinaan pada malam hari saja.Itu pun sekiranya low tide...sekiranya high tide,kami hanya menghabiskan masa di atas 'katil' kami sahaja sambil bercerita kisah-kisah masing-masing...sesekali kedengaran gelak ketawa dari 'hotel' tingkat atas. Alhamdulillah bulan ramadhan yang mulia ini membuatkan aku lebih cekal menerima dugaan dariNya...Alhamdulillah aku masih mampu menunaikan ibadah puasa dan solat dalam keadaan yang serba payah ini... 

Saat yang ditunggu telah tiba...pesawat Nuri tiba untuk menjatuhkan juadah istimewa berbuka puasa hari ini..makanan serta air berperisa oren dibungkus rapi dengan lapisan plastik jatuh di sebelah 'hotel' kami.Apalagi..tanpa diarah aku dan rakan-rakan terjun untuk mengambil bekalan tersebut,manalah tahu nanti hanyut...melepas..

Begitulah hari-hari berlalu untuk sekian waktu dan ketika, sehingga aku diganti oleh rakan sepejuangan.Aku diterbangkan ke KD Raja Jarom untuk meneruskan tugasku sebagai watchkeeper,sehinggalah kami diarahkan belayar balik ke tambatan MBJ,Malaysian Base Jetty di Woodlands,Singapura. KD Raja Jarom ditugaskan silih berganti dengan KD Sri Banggi,aku pun tak pasti bilakah shift ini bertukar. 



Namun setelah kami ditugaskan semula kesini selepas menyambut Aidil Fitri pada tahun tersebut,tugu yang kami bina berkecai ditembak oleh tentera laut asing dari negara-negara yang turut menuntut kepulauan ini. Serpihan-serpihan binaan bersepah di sana sini.Paling menyedihkan ialah bendera Malaysia ( kepingan plastik) turut bersepah di celah-celah batu karang. Ternyata semangat keperwiraan kami dicabar....kedaulatan Negara dicalar....Tugu kedua mula dibina tak lama selepas itu...kekal abadi hingga ke hari ini setelah berdiri megah selama 33 tahun..  


Kedudukan Pulau Layang-Layang




Pulau Layang -Layang pada awal pembinaan.Kelihatan hangar dan struktur bangunan yang baru siap dibina.Terusan yang dibina oleh penyelam-penyelam TLDM juga kelihatan.




    Tugu yang telah siap dibina, pesawat Nuri landing semasa Low Tide





 Megah dapat memacakkan kedaulatan Negara Tercinta...KeranaMu Malaysia...(aku tiada dalam gambar)




Bertungkus lumus menyiapkan bangunan untuk menempatkan Pasukan Khas Laut -PASKAL dan lain-lain...




Kor Jurutera Rejimen Askar Melayu ...dimanakah kalian berada sekarang......




Di antara attachment yang menyertai misi Terumbu Layang-Layang di atas dek KD Sri Banggi yang juga turut terlibat.




Indahnya panorama anugerah Tuhan





Tidak ramai yang mengetahui bahawa pulau ini sebenarnya berasal dari tongkang atau barge yang diperbuat dari besi yang ditunda dari tanah besar semenanjung yang kemudiannya ditimbus dengan pasir.Ia mengambil masa sebulan untuk sampai kesini. Perubahan yang amat ketara berlaku dengan pesatnya beberapa tahun selepas itu.Pokok-pokok rhu dan rumput mula ditanam...menjelmalah daratan yang kekal akhirnya.Ia mengandungi 2 buah blok kediaman,2 buah hangar dan menara pemerhati. 




Pulau Layang-Layang sekarang

  .

Bilalah dapat aku kesini lagi....hanya insan-insan yang pernah membakar keringat disini tahu gambaran sebenar erti keperitan...biarlah jasaku ku bersemadikan disini bersama seribu kenangan silam....




Tidak terbayang begini jadinya..dari sebuah pulau dari timbunan batu karang,hanya didiami oleh sang camar laut,tempat aku mengutip sang kerang kerangan gergasi....menjadi mahligai indah kepada mereka-mereka yang mampu....tiada siapa yang tahu bahawa akulah di antara insan yang pernah menjejakkan kakiku di sini...




    Tiada kesempatan untuk aku mengabdikan potret kenangan di sini ..





   *Nantikan Sambungan: Aku kesini lagi bersama KD Mahawangsa




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mej(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman Ex Nuri Helicopter Pilot untuk gambar-gambar berharga yang diperolehi.


        Sekadar itu yang masih dalam ingatan....
Ps:Jika ada sebarang komen atau pembetulan fakta dari rakan-rakan,pembaca dan kenalan untuk kebaikkan bersama amat dialu-alukan...Wassalam...







38 ulasan:

  1. salam kegemilangan tuan saifuzie ... sya amat seronok skali apabila membaca coretan tuan di sini. Bagi saya, terjawab la teka teki saya, bahawa kumpulan tuan la, orang pertama yg telah bermandikan darah, peluh dan sebagainya, dalam MEMBANGUNKAN PULAU PULAU di Gugusan Semarang Peninjau. TAHNIAH !! dan saya salute tuan, atas segala perkongsian di atas.

    Mungkin saya tidak pernah merasa apa kumpulan atau pasukan tuan alami pada masa tersebut, TAPI saya dapat "imagine", kerja-kerja yang pasukan tuan lakukan adalah diantara hidup atau mati , di tengah tengah lautan luas... skali lagi, saya ucapkan TAHNIAH !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum buat Sdr Daud Awang yang sudi membaca secebis coretan,bingkisan rasa yang tidak seberapa dari saya.Jutaan terima kasih juga kerana sudi menghubungi saya melalui talipon.Saya hanya menulis sekadar untuk mengabadikan sejarah silam yang penuh kenangan suka duka .Mungkin dapat dibaca dan dikongsi oleh anak cucu saya dan jenerasi yang seterusnya tentang susah payahnya kami meneroka kepulauan tersebut.Kemungkinan ada sedikit tambah tokok untuk menguatkan fakta coretan tersebut.Gambar-gambar pun banyak saya copy dari laman http://xnuripilot.blogspot.com. Setelah diteliti gambar2 tersebut,saya dapati memang sebuah realiti yang kami tempuhi..Alhamdulillah .Saya juga ada memohon kebenaran dari Mejar (B) Nor Ibrahim untuk meminjam gambar2 tersebut namun tiada jawapan yang diterima.Jika Sdr Daud ingin menyalin semula gambar2 tersebut untuk tujuan penerbitan,silalah berbuat demikian demi untuk rujukan dan kebaikkan bersama.Kalau boleh sebaiknya hubungi Mejar (B) Nor Ibrahim untuk mendapatkan gambar2 tersebut.
      Jika diberi peluang,Allah saja yang tahu betapa teringinnya saya untuk menjejakkan kaki kesana,pulau yang penuh dengan suka duka.
      Terima kasih sekali lagi Sdr Daud..Jazakallah..

      Padam
    2. Maaf bertanya.. Ni cikgu tuan saifuzie awang kecik ke?

      Padam
  2. Amat besar jasa tuan-tuan sekalian kepada kedaulatan negara. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Lahir..Alhamdulillah..hanya itulah saja secebis jasa kami untukmu MALAYSIA..

      Padam
  3. Besar sungguh jasa dan bakti para pegawai dan anggota yg terlibat. Allah sahajalah yang dapat membalas pengorbanan kalian dan keluarga yang ditinggalkan. Nak menitis air mata membaca catatan tuan ini. Semiga kekal amanlah hendaknya negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sdr Izhar..Alhamdulillah..hanya itulah saja secebis jasa kami untukmu MALAYSIA..

      Padam

      Padam
  4. Good Experience. Saya Bekas Pegawai Navy. Byk Kali Kapal msk Stn Lima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan kerana sudi membaca secebis coretan saya..

      Padam
  5. Salam... Tugu yg ada anggota berceloreng 2 semarang barat kecil...tugu masih gah tetapi tiada penyelenggaran sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wklsm...betul Sdr Nizam...disitu pun kami terlibat jgk..terima kasih kerana sudi membaca .

      Padam
  6. Izinkan sy kongsi kisah suadara....

    BalasPadam
  7. Tiada masalah saudara feze zali...silakan..terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya yang tak seberapa ini..

    BalasPadam
  8. Saya ingin berkongsi pengalaman, pada tahun 1989, saya d Kd Sri Banggi co Kdr Selamat, ambil brg binaan dari Pending dan sipitang d serawak ke terumbu utk di buat chelat, alhamdulillah Ke Sri Banggi No LT Arif ketika itu sangat berkaliber masuk danau terumbu tanpa masalah. Memang saya slut CO DAN NO saya masa tu LK 1 TNS(L) ditugaskan menurunkan brg menggunakan forklift begitu teruja sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. AsSalam saudara Zamanun..terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.Semoga perkongsian pengalaman kita dapat memberi sedikit gambaran sebenar tentang kepayahan kita suatu masa dulu... itulah saja secebis pergorbanan kita demimu MALAYSIA...

      Padam
  9. Sekarang dah besara 7 tahun teringin nak pi tapi tiada upaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pengetahuan saudara Zamanun,saya telah menamatkan perkhidmatan saya pada tahun 1993 lagi.Alhamdulillah sekarang saya telah dapat menyambung bakti saya sebagai pendidik kepada anak bangsa disalah satu Institut Kemahiran MARA...

      Padam
  10. Terbaek tuan....sy salah sorg yg terlibat masa pembikinan penempatan tsb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara zahari zainal...semoga juang bakti kita bersama terabadi didalam lipatan sejarah yg di kenang...no hset saya: 0194421002..bolehlah kita berhubung utk mengeratkan silaturahim..

      Padam
  11. salam tuan
    saya came across nukilan tuan apabila membaca sebuah blog politik, yang menceritakan cerita yang tuan sebut dalam artikel ini sebagai 'false statement".
    selepas membaca blog berkenaan saya teringin nak tau sejarahnya dengan lebih lanjut, hasil carian google terjumpalah blog tuan ini dan dapatlah saya cerita sebenar..
    wow.. hebat.. siap dengan bukti bergambar. Teringinlah saya nak bagitau di sini kepada geng geng politik, tak perlulah politikkan cerita tentang tentera atau tugas mereka, politiklah dengan cara lain bukan dengan cara mengambil kredit atau menipu dengan cerita auta yang dikatakan fakta!!
    tq tuan, kalau bukan disebabkan blog ini saya pasti terpedaya dengan auta yang disampaikan dalam blog berkenaan. untuk makluman juga, saya dah letakkan link blog ini dalam blog berkenaan agar readers dapat ke sini utk mendapatkan cerita sebenar.
    Tahniah kepada semua wira-wira (ATM dan Time Engineering) yang telah menjadikan pulau tersebut sebagai antara tarikan utama dunia scuba hari ini dan yang paling penting sebagai milik Malaysia.

    BalasPadam
  12. Wklsm tuan..terima kasih kerana sudi mentelaah nukilan saya yg tidak seberapa ini..saya hanya sekadar menulis apa yg saya ingat dan saya lalui sepanjang perkhidmatan dlm TLDM diwaktu itu..mungkin boleh dikongsi kepada para pembaca yg sudi..tiada apa2 yg diharapkan..namun saya berani menyangkal statement tersebut kerana ianya adalah mengarut..penulis tersebut tidak pernah kesana dan tidak pernah mengalami apa yg kami alami sewaktu memecah keringat di pulau yg bukan pulau di masa itu..sememangnya emosi saya sedikit terganggu apabila menulis coretan ini...sedih..pilu..geram..semuanya bercampur gaul.
    Memang sukar untuk digambarkan..betapa peritnya kami anggota bawahan yg terpaksa membanting tulang empat kerat siang malam tanpa arahan yg jelas..
    Namun demi ALLAH saya seikhlasnya tetap bangga dgn apa yg dapat kami sumbangkan kepada Negara Tercinta Malaysia..walaupun 'jasa' kami yg sedikit cuma itu dilupakan..
    terima kasihtuan Acan Malai Malaysia..

    BalasPadam
  13. as salam tuan,

    best sy baca coretan tuan, sejarah gugusan semarang peninjau.siap gambar lgi..mmg terbaik...mggu depan sy akan ke sana untuk memancing..xsabar nk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam sdr Muhamad Rusnizam...terima kasih kerana saudara sudi membaca coretan saya yg tidak seberapa.Namun terpahat dihati ini kenangan silam sewaktu bertugas disana.saya pun terlalu rindukan suasana & keindahan alam ciptaan Tuhan itu....InsyaAllah kirannya masih dipanjangkan usia,saya akan kesana lagi suatu hari nanti..
      Kiranya saudara tidak keberatan jika sampai disana nanti bolehlah berkongsi gambar2 saudara..wassalam

      Padam
  14. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM MISI INI..KAMI HARGAI APA YANG DILAKUKAN KEPADA NEGARA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana tuan sudi membaca coretan saya yg tidak seberapa ini,namun amat bermakna kepada saya...terima kasih diatas penghargaan tuan...

      Padam
  15. Sebak saya membaca nukilan ini kerana tuan dan rakan2 tuan benar2 menginsafkan diri saya bahawa apa yang saya buat selama hari ini tidak lah sebesar mana pengorbanan untuk negara. Pulau Layan-Layang amat penting dari segi strategik bukan saja ekonomi tetapi sebagai perbatasan utama di kawasan yang bergelora.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mastura Rodiguez kerana sudi membaca coretan dan luahan rasa saya..cuma itulah hanya secebis pergorbanan saya dan rakan2 untuk negara Malaysia tercinta..

      Padam
  16. Best saya baca coretan tuan, saya salah seorang anggota yang pernah berkhidmat di stn papa. Tapi terpaksa transit di stn lima bila cuaca tidak mengizinkan untuk meneruskan perjalanan ke stn papa.

    BalasPadam
  17. Terima kasih tuan Toyota Avanza.. Maaf kerana lambat response.. Sebab sudah sekian lama tidak menulis dan membuka blog.. Sekiranya tuan ada bahan cerita utk dipaparkan, bolehlah kita berkongsi disini. Terima kasih

    BalasPadam
  18. Terima kasih Tuan Penulis yang berkongsi cerita sebenar. Mungkin Tuan Penulis boleh mengusulkan satu ReUnion Pembina Dan Peneroka Asal Pulau Layang Layang ini dan Dokumenkan segala kisahnya. Jadikan pokok Rhu yang pertama ditanam itu sebagai Kapsul masa untuk tatapan generasi akan datang. ianya akan jadi lagenda abad akan datang

    BalasPadam
  19. Seronok baca kisah ni. Sama macam apa yang diceritakan oleh bapak mertua saya. Die juga salah seorang TLDM yg pernah di tugaskn ke sana sekitar hujung 80an dan awal 90an. Dia juga pernah ditugaskan ke singapura. Mungkin tuan pernah sama2 berkhidmat dgn mertua sy.

    BalasPadam
  20. Terima kasih Tuan semoga Allah memberi ganjaran yang baik kapada Tuan dan Sahabat2 Tuan yang terlibat semasa menjalankan misi ini.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Tuan,seronok membaca kisah tuan ini,rasa bercampur sedih,gembira semua ada..nukilan tuan ini asalnya sy tidak tahu pun mengenai asal nya sebuah pulau Layang-Layang yang kini indah terbentuk sekarang terkenal dengan tempat pelancongan .Saya dilahirkan pada tahun 1982.Bila baca nukilan tulisan tuan ini berasa sedih kerana keringat para Perwira Negara yang sanggup berkorban nyawa,masa,meninggalkan keluarga tersayang dlm tempoh yang agak lama untuk menyiapkan tempat berkenaan.Tahniah Tuan,terus kan menulis rencana yang menarik sepanjang perkhidmatan tuan.Saya doakan tuan dalam keadaan diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki serta dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya..Aamin....
    TABIK HORMAT TUAN.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan.. Lambat reply.. Maklumlah jarang2 sekali baru buka blog
      Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan cadangan yg baik.. Sekadar itu sajalah yg dpt diberikan utk negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan

      Padam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Tuan, seronok sangat membaca kisah ini. Kisah yang penuh bermanfaat. Tahniah tuan, semoga tuan dirahmati Allah dan sihat selalu.

    BalasPadam
  24. Catatan yg sangat baik.
    dimaklumkan ada info yg boleh dikongsi
    Nuri pernah menurunkan anggota1977
    Tinjauan awal dan perancangan.

    BalasPadam
  25. Terima kasih tuan. Silakan Jika ada info2 yg bermenafaat utk dikongsi bersama, amat2 dialu2kan.

    BalasPadam