Selasa, 10 Disember 2013

Meredah Samudera...


Aku mengikuti kursus Class 2 pula untuk melayakkan aku  memulakan perkhidmatan di kapal TLDM...mesti lulus semua subjek engineering,termasuk juga ujian kawad.kalau gagal alamatnya kena stay back sampai lulus...Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya.


Setelah 6 bulan berkursus di cawangan teknikal KD Pelandok,kini tiba masanya untuk kami draft ke kapal. Namaku telah tersenarai untuk memulakan karier aku sebagai seorang ODME atau Laskar Muda branch M.E...Marine Engineering, di sebuah kapal yang di namakan KD Raja Jarom yang perpangkalan di Woodlands,Singapura. Angan-angan aku untuk menjadi seafarer dan berlayar di lautan luas kini sudah hampir pasti tercapai.






                                   Kenangan di Blok D13





















Teman-teman seperjuangan,kenangan di kedai gambar  pekan Lumut
Duduk : Ust Din,Jamri (Bui)
Berdiri:Arwan Man Melaka,Aku,Alias Capt dan Zali





Menyeberangi Tambak Johor


Teringat aku mula-mula menyeberangi Causeway apabila dibawa oleh bapa saudaraku ke Marsiling,Singapura sekitar tahun 1965 - Arwah Long Abdullah bin Long Mamat bapa saudaraku adalah juga bekas anggota RMN .



Barrack TLDM Woodlands suatu masa dulu


Setelah melapokan diri di BCC (Barrack Command Center kalau tak silap), KD Malaya,Woodlands,aku diberitahu bahawa KD Raja Jarom berada di limbungan MSE Pasir Gudang. Kapal tersebut sedang dalam menjalani proses refurbish atau proses baik pulih sepenuhnya,maklumlah kapal usang yang diperolehi dari  tentera laut Amerika Syarikat. Nama asalnya ialah USS Sedgwick County LST 1123, Landing Ship Tank. Kapal logistik dan pengangkut yang pernah berkhidmat di Vietnam dan Korea semasa WW2...perang dunia ke 2. 

Antara kapal-kapal yang sekelas dengannya yang beroperasi dalam armada TLDM semasa itu ialah KD Sri Banggi  ( USS Henry County,LST 824 ) dan KD Sri Langkawi (USS Hunterdon County, LST 838 ). Rakan-rakan seperjuanganku yang turut sama di draft kan ke Kd Raja Jarom sebagai ODME ialah Che Rahim,Raja Zakaria dan Mail Kepoh,Rahim Sitiawan dan Mat Nor Muyok. Kami ditempatkan di 'B' Block buat sementara waktu sementara kapal siap dibaik pulih di limbungan MSE.

Berulanglah kami ke MSE Pasir Gudang setiap hari dengan 3 tonner mercedes 'luxury coach'.. trak usang yang menjadi transport dari RMN Naval Barrack, Woodlands... Kemudiannya setelah bilangan crew selain KD Raja Jarom, KD Rahmat dan KD Hang Tuah yang turut 'sakit'  bertambah,maka tug boat KD Penyu dan KD Ketam,Mara Boat, bot Selar dan sekali sekala bot RCP yang berceloreng  silih berganti ditugaskan pula untuk mengangkut kami. Kami dibawa 'belayar' setiap hari....menyusuri Selat Tebrau yang sangat indah panoramanya .Kami melalui pesisir 'Stokin Lee Kwang Yu' ( Sembawang Power Station) dan Sembawang Shipyard ( SS).Sekali sekala pandangan aku tertoleh kebelakang menyaksikan tambatan MBJ dan Causeway yang menjadi nadi penghubung antara Tanjung Puteri,Johor Bharu dengan Woodlands,Singapura.



Good Old Days..KD Raja Jarom ,Ex USS Sedgwick- kapal usang WW2..max speed 10 knots....adoii...slow nya...

"Realising the need for larger logistic transports than was available at the time, the RMN obtained the KD Sri Langkawi as their first Landing Ship Tank (LST) class vessel. The 511 class LST was initially loaned buy the US navy to the RMN in 1971 but purchased outright later in 1974. She was actually a replacement for her namesake, the much smaller LSM-sized British LCT Mk 8. The KD Sri Langkawi was herself finally scrapped n the 1980's. The two later bought LSTs were named after islands off Sabah and called KD Sri Banggi and KD Raja Jarom. They were used as tenders to the light forces such as patrol boats during operations and as a troop transport for security forces between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak. Built for the United States Navy in 1944, the ships were in service during the Vietnam War before they were sold to Malaysia on October 7, 1976. The decks of these 103-meter vessels have been modified for helicopter landings midships and each LST has capability to carry up to 2,100 tonnes of cargo. Both the ships were decommissioned in 1999, after carrying numerous amphibious operations with the nation's armed forces and joint operations with foreign armed forces, as well as providing hands on training for naval officers" 



 KD Penyu yang menjadi feri ke MSE Pasir Gudang.


 Nostalgia Malaysian Base Jetty yang 'hidup' suatu masa dulu..

"Located within the restricted compounds of the former naval base, the RMN Jetty was opened in 1966. It was 400m long, including an outer arm of 735 feet (approximately 224m) in length. Also known as Malaysian Base Jetty, it was used regularly by the RMN, including events such as commissioning of new ships. Following the shifting of RMN to Johor in 1981, the naval base and its jetty was left vacated until 1997, when the Malaysian government agreed to transfer the properties to Singapore."... A Tale of Jetties & Piers.
Sumber: http://remembersingapore.wordpress.com/2012/10/01/jetties-and-piers-of-singapore/

Suatu senja di Malaysian Base Jetty 





MBJ sekarang - Sunyi sepi tanpa kehidupan seakan tidak bernyawa lagi setelah diambil oleh Kerajaan Singapura.
( tempat aku mengail ikan kitang sebelum colours)




Woodlands mengamit kisah-kisah lama 
( port menunggu minah karen cop passport)

                      
                 

Those were my days....





                       Bersama pekerja limbungan MSE Pasir Gudang 



Besi buruk semasa berada di Dry Dock MSE,Pasir Gudang


                      Kenangan bersama Mat Nor diatas Rubber Dinghy..



Sesekali dapat juga terbang dan berlakon  sebagai co-pilot pesawat Nuri yang mendarat di heli deck Kd Raja Jarom  semasa Work-up..



                                            Pesawat Nuri atau Sikorsky S-61 



   
  Sempat juga posing tu..gambar untuk dipos ke kampong...




Yang bertanda tu akulah,semasa KD Raja Jarom 
menjalani Work Up...




 
Happy go lucky...ODME 809566 T.S  on watch  
(Ordinary Marine Engineer)  




Hari-hari yang berlalu bersama KD Raja Jarom


ODME 809566 T.S
Kenangan bersama ABME Suhaimi dalam ME's Mess KD Raja Jarom

Rakan karib Ismail Abd Rahman A.K.A Mail Kepoh



Pelayaran sulung aku semasa onboard KD Raja Jarom ialah semasa kapal melakukan Sea Trial disekitar  perairan Singapura melalui Changi dan Open sea selama 1 hari....seronok,inilah pertama kali aku dapat merasa suasana sebenar belayar. Kami hanya dibekalkan dengan nasi bungkus kerana galley ( dapur kapal ) belum dapat beroperasi sepenuhnya.

Setelah beberapa kali membuat sea trial,sampai masanya KD Raja Jarom di commision semula dan keluar dari MSE Dock untuk menyertai armada TLDM setelah didapati Sea Worthy atau layak untuk belayar.

Maka belayarlah aku ke laut luas bermula di MBJ Woodlands ke Tanjung Gelang,Kuantan. Entah apa misi aku pun tak berapa ingat. Rasanya membawa troop New Zealand Army yang membuat exercise bersama Tentera Darat somewhere dalam hutang Pahang. Bermulalah episod sea sick atau mabuk laut apabila KD Raja Jarom melintasi garisan 109,(garis bumi antara semenanjung dengan Sarawak yang aku pun kurang arif tentangnya).

Destinasi kami kali ini ialah untuk ke pelabuhan Pending,Kuching,Sarawak.Pengalaman pertama aku mabuk laut atau dalam istilah pelayar ialah mabuk free...aduh...peritnya apabila kesemua isi perutku tersembur kedalam bilges engine room....namun aku tetap berpegang pada pepatah melayu...alah bisa tegal biasa....itulah kata-kata melayu yang aku pegang.Lama kelamaan aku sudah biasa dengan keadaan laut,aku dah tak mabuk lagi....baru nak belajar menjadi 7 seas sailor katakan....

Namun segala-galanya terubat apabila aku dapat menjejaki kaki ke bumi kenyalang ini. Bila shore leave , iaitu kelepasan yang diberikan kepada anak-anak kapal,aku tidak melepaskan peluang untuk bersiar siar di sekitar bandar Kucing bersama-sama rakan-rakan yang tidak bertugas untuk Harbour Routine.

"Kelepasan diberikan kepada anak-anak kapal yang tidak bertugas mulai dari sekarang hingga 0700H " ,begitulah announcement yang dibuat oleh Duty Officer menurusi broadcast kapal.

Kenangan camping bersama crew ME's Mess di Tanjung Lembu / Jason Bay.
Berdiri dari kanan...LR( lupa nama...bukan crew KDRJ),ODME Rahim, LRME Sharif Lobo,ODME Raja Zakaria,ABME Jasni,ABME Usop Ganja,ODME Wak Sulaiman.
Duduk dari kanan...ODME Mail Kepoh,ODME Che Rahim,Aku,ABME Hamid,
ABME Jailani.Duduk paling hadapan...LRME Yusof.


                                                  Bot Jumbo Sibu-Kuching



Mazda RX7-Labuan


"Today will be tomorrow & tomorrow will be yesterday and those  my wonderful colours of  old days will never ever faded "..TSS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan